Tuesday 22 January 2013


                            

  





                                  
  Gerak Muafakat komuniti ICT OKU 1 Malaysia Yang Menggunakan Kaedah Ekonomi Permuafakatan Sebagai Pendekatan Untuk Faedah Ahli-Ahlinya.

Memaparkan permasaalahan ahli-ahli dan berpakat sesama ahli untuk membuat sumbangan dengan cara pemindahan e-walet sesama ahli.

Membayar Hutang-hutang: 
Pendidikan,AIM,TEKUN,MARA

Serta membantu menambahkan jumlah pelangan dan meningkatkan jualan produk IKS dan perkhidmatan yang di usahakan oleh ahli di samping merebut peluang perniagaan yang ada di iklankan oleh ahli-ahli komuniti OKU di webblog ini.

Gerak Muafakat komuniti ict OKU 1 Malaysia ini Juga adalah satu inisiatif Luar biasa untuk mengajak orang ramai menyertai dengan seikhlas hati membantu satu komuniti OKU ini  yang berteraskan:

permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan Kebajikan sesama ahli,urusan jualbeli produk iks yang di usahakan oleh ahli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan/perniagaan.

Matlamat pergerakan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli.

 
Sasaran permulaan pergerakkan ini ialah mereka yang langsung sama sekali tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman untuk membeli sesuatu disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti telah:
 


1.disenarai hitamkan, 

2.Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP   
3.Telah melebihi had pinjaman atau had umur untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.

Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini?.

Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.

Gerak Muafakat komuniti OKU 1 Malaysia ini ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.


Usaha telah dimulakan dengan membangunkan 1 sistem on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi. 


                                   

Dalam erti kata lain:

Gerak Muafakat komuniti ict OKU 1 Malaysia memulakan perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti membeli komputer untuk pembelajaran anak-anak,membeli motosikal,kereta,rumah dan memulakan sesuatu perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman. 

Dalam program komuniti  ini adalah di harapkan tidak lagi menjadi halangan kepada sesiapa untuk menyertainya kerana anda hanya perlu faham apa itu komuniti, kenapa anda perlu menyertai program komuniti ini dan itulah yang perlu anda kongsikan dengan beberapa orang yang lain yang rapat dengan anda.    

                   
"TIDAK perlu jadi speaker dan bercakap di hadapan khalayak ramai".
 
Sekiranya kita bersama-sama mendalami serba sedikit ilmu mengenai komuniti, yang sudah sememangnya mudah untuk difahami, kita juga yang akan mendapat faedah serta merta apabila kita mula mengenalkan program komuniti ini kepada orang lain.
 


Kejayaan program komuniti ini TIDAK sahaja bergantung kepada berapa laju anda membina jaringan tetapi kefahaman orang-orang yang anda kenalkan dan keupayaan mereka menduplikasi program komuniti ini. 


Panduan ini adalah untuk anda memahami dengan lebih mendalam mengenai Gerak Muafakat  komuniti ICT OKU 1 Malaysia ini dan bukan untuk diberikan kepada 'prospek'. 

Dalam program Gerak Muafakat ini, tidak ada istilah prospek kerana orang yang anda jemput sepatutnya orang yang sangat rapat dengan anda dan bukannya mereka yang di 'tangkap muat' sahaja.

Inilah keunikannya jika dibandingkan dengan 'program-program' yang lain yang boleh dilakukan secara canvassing, flyers dan sebagainya.
 program Gerak Muafakat  komuniti ICT OKU 1 Malaysia ini perlukan pendekatan peribadi yang menunjukkan keikhlasan anda untuk menjemput mereka ke dalam komuniti anda agar mereka juga menerima manfaat yang anda terima.



Program tradisional banyak menggunakan kaedah manual dan tidak menggunakan sistem yang sepenuhnya berasaskan Internet.
 
Komuniti Gerak Muafakat Komuniti ICT OKU 1 Malaysia ini   menggunakan Internet sepenuhnya melalui sistem
perisian DYNADOLLARS dan memudahkan pihak yang berada jauh dari kita untuk membuat urusan.

 
Bagi mereka yang belum celik IT, pusat-pusat khidmat yang di ujudkan akan membantu para ahli mendaftar dan membuat pengeluaran pendapatan di peringkat awal kerana akhirnya semua ahli perlulah berdikari.



                                 

DUNIA SEMAKIN HARI SEMAKIN MAHAL: